:: Home
:: Highlight
:: ASTS
:: ASHES
:: FAQ
:: USM Homepage
 
Contact
Registrar,
Registry,
Universiti Sains Malaysia,
11800 USM,
Penang,
Malaysia.
assist@notes.usm.my
Tel: 604-6533366
Fax: 604-6579107
Focal Person List
:: Details of Highlight ::
Title : KURSUS KAEDAH PENYELIDIKAN UTeM
Description : Assalamualaikum Wrb Wbt & Salam Sejahtera,

Untuk makluman Bahagian Cuti Belajar, Pejabat Pendaftar UTeM akan menganjurkan Kursus Kaedah Penyelidikan Siri 1/2013 untuk cuti belajar staf akademik. Objektif utama kursus ini dijalankan adalah untuk membimbing serta membantu staf akademik untuk membuat persiapan rapi sebelum melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi. Menerusi kursus ini, para peserta akan diberikan pendedahan proses penyelidikan dan dibekalkan dengan modul-modul yang boleh membantu staf semasa dalam tempoh pengajian kelak. Butiran kursus adalah seperti berikut:-

TARIKH : 1 - 6 FEBRUARI 2013 (Kursus pada 8/2/2013 di UTeM hanya digalakkan untuk hadir dan tempat penginapan tidak disediakan)

MASA : 8:30 PG - 10:30 MLM

TEMPAT : AVILLION ADMIRAL COVE, PORT DICKSON

YURAN PENYERTAAN : RM2,880.00 (termasuk penginapan di Avillion Admiral Cove. Diskaun sebanyak 10% akan diberikan sekiranya penyertaan melebihi 5 orang dalam sesebuah organisasi)

Sehubungan itu, Bahagian Cuti Belajar memohon kerjasama dari semua rakan-rakan untuk membuat hebahan dan mempelawa staf akademik di institusi masing-masing yang berminat untuk menyertai kursus ini. Bersama-sama ini dilampirkan Borang Pendaftaran Kursus & Tentatif untuk makluman semua. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi urus setia di talian 06-3316311 / 6143 / 6134 / 6153 / 6256 atau melalui email kepada akmal@utem.edu.my atau erdalia@utem.edu.my.

Sekian, terima kasih


Erdalia Erna Hj. Daud
Bahagian Cuti Belajar
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Tel : 06-3316311
File Name :

>> List Of Highlight