:: Home
:: Highlight
:: ASTS
:: ASHES
:: FAQ
:: USM Homepage
 
Contact
Registrar,
Registry,
Universiti Sains Malaysia,
11800 USM,
Penang,
Malaysia.
assist@notes.usm.my
Tel: 604-6533366
Fax: 604-6579107
FREQUENTLY ASKED QUESTION
 
QUESTION  
Sekiranya permohonan berjaya, apakah yang perlu dilakukan?
 
ANSWER     
Permohonan yang telah berjaya akan dipertimbangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Biasiswa Rancangan Latihan Kakitangan Akademik (RLKA) dan Mesyuarat Jawatankuasa Biasiswa Skim Latihan Akademik (SLAB), untuk kelulusan. Calon dikehendaki mengisi Borang Permohonan SLAB melalui laman Web (disket 2  borang permohonan SLAB). Sekiranya ditawarkan biasiswa calon perlu:

 Berjumpa berbincang dengan Dekan untuk pastikan bidang pengajian;
 Memohon tempat pengajian di luar/ dalam negara dengan perbelanjaan sendiri;
 Mengambil TOFEL 580 (paper-based) atau 237 (computer-based) atau IELTS 6.5 bagi pengajian luar negara yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahawa mengantar. Skor minimum ini juga tertakluk kepada syarat yang dikenakan oleh pihak Universiti yang menawarkan kursus tersebut, mana yang lebih tinggi.
 Memohon pelepasan sekiranya terikat dengan mana-mana badan kerajaan/berkanun.
 Kursus Kaedah Penyelidikan/Analisis Kuantitatif  akan ditetapkan oleh pihak Universiti Sains Malaysia.
 Kursus Biro Tatanegara (BTN) ( bagi calon yang diluluskan ke Luar Negara)  akan ditetapkan oleh pihak JPA
 Memohon visa ke luar negara.
 Menandatangani 2 Surat Perjanjian
(i) Surat Perjanjian RLKA dengan 2 orang penjamin ( 4 salinan & Setem Hasil RM10.00 setiap salinan)
(ii) Surat Perjanjian JPA dengan 2 orang penjamin ( 3 salinan & Setem Hasil RM10.00 setiap salinan).
 Melakukan pemeriksaan kesihatan.
 Membuka akaun di bank tempatan.
 Mendapat tawaran tempat pengajian tanpa pra syarat.
 Tidak menerima sebarang bentuk penajaan daripada mana-mana pihak.
 Tapisan keselamatan.
 Permohonan mendapat sokongan dan perakuan Universiti.
 
[BACK]