:: Home
:: Highlight
:: ASTS
:: ASHES
:: FAQ
:: USM Homepage
 
Contact
Registrar,
Registry,
Universiti Sains Malaysia,
11800 USM,
Penang,
Malaysia.
assist@notes.usm.my
Tel: 604-6533366
Fax: 604-6579107
FREQUENTLY ASKED QUESTION
 
QUESTION  
Apakah tujuan skim RLKA?
 
ANSWER     
Objektif:

i Untuk menambahkan bilangan tenaga pengajar akademik di Universiti tempatan;

ii Untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar yang mendesak mengikut kepetingan disiplin;

iii Untuk menyokong pelaksanaan rancangan latihan sedia ada yang diperlukan oleh pihak Universiti;

iv Untuk Meningkatkan mutu pengajaran dan pendidikan di Universiti dan pengwujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi.

Strategi:

 Menaja tenaga pengajar yang berpontensi dan berkelayakan ke peringkat Ijazah Lanjutan iaitu Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) dan kepakaran di institusi pengajian tinggi di luar dan dalam negara dalam apa jua bidang pengajian. Walau bagaimanapun, keutamaan akan diberikan kepada bidang Sains & Teknologi, bidang-bidang baru dan bidangbidang yang dianggap kritikal mengikut keperluan negara.

 Penawaran Biasiswa di luar negara akan mengambilkira ranking serta rating bidang dan universiti yang dipilih oleh calon berkenaan. Untuk ini calon hendaklah diterima masih ke Universiti terkemuka atau yang mempunyai rating yang tinggi mengikut bidang masing-masing. Bagi United Kingdom, calon hendaklah diterima masih ke Universiti yang mendapat sekurang-kurangnya rating lima (5) dalam bidang berkenaan berdasarkan Research Assesment Exercise (RAE) yang terkini. Bagi Amerika Syarikat pula, calon hendaklah diterima masih ke Universiti yang mendapat rating Highly Competitive dan Most Competitive dalam bidang berkenaan berdasarkan Barrons Profile. Bagi negara-negara lain, sistem penarafan yang hampir sama bolehlah digunakan.
 
[BACK]